Salam dan Hai2 korang semua..
Memandangkan hari ini anak2 hakak tidur awal, jadi dengan perasaan aman tenteramnya hakak pun mulalah membuka laptop dengan harapan untuk menaip panjang kat blog hakak ni. Bercuti ke Palembang ni, kejadiannya dah lama cuma baru nak share kat sini. Kurang2 ada orang lain boleh baca. Kalau hakak simpan je dalam kepala otak hakak, tak berkembang lah. Huhu.
Hakak dan suami bertolak dari Bandar Tasik Selatan kerana kami memilih untuk menaiki ERL ke airport. Bajet2 time ni tak nak menyusahkan family lah kisahnya. Huhu. Masa ni hakak dah beranak tiga. Jadinya tiga orang anak hakak tinggal dengan atok neneknya. Hakak dating berdua je dengan suami. Kalau korang nak tahu, hakak sebenarnya kosong pengetahuan pasal Palembang ni. Yang membuatkan hakak beli tiket kesana kerana harga tiketnya yang murah. Tambang pergi balik untuk 2orang baru RM170.00. Murah kan?!
Korang jangan tanya lah pasal tempat best ke, pak supir ke sebab hakak dengan suami pergi sana main terjah je. No aktiviti, more to santai. Setibanya kami di airport, kami terus pergi ke kaunter teksi. Teksi bermeter kaler biru cair. Drivernya ramah. Peliknya sana, kita penumpang yang kena bayar duit parking diorang. Hahahaha. Dah memang cara sana, hakak layankan aje. Keadaan jalan raya masa tu agak macet sebab masing2 baru pulang dari kantor. Cuma hakak dengan suami yang lagi holiday gitu... (dah kenapa cakap indonesia ni..waduhh waduhhh).
Hakak dan suami menginap di Emilia Hotel. Rate untuk 3malam waktu tu hanya RM309.00. Bilik ni hakak tempah direct dari laman sesawang Emilia Hotel sebabnya tahun 2014 ni hakak masih kurang familiar dengan khidmat Agoda.com atau Booking.com. Takpelah janji tempat bermalam tu dah pun ada. Hotel ni hakak tengok biasa je dari luar.
Meh tengok rupa bilik pulak macam mana.
Bilik dia besar dan selesa. Suami hakak sampai cakap, betul ke yang ambil bilik ni?! Hakak cakap, betul lah. Dia kata besar, macam tak cayer baru RM309.00 untuk 3malam stay. Bilik ada ruang sofa, ada meja makan, ada dry kitchen. Lengkap semuanya. Ni kalau kat Malaysia, mahu beribu hakak kena bayar.
Syok letih2 berendam dalam bathub. Rasa segar balik badan yang lemau tu.
Bila dah segarkan badan dan mandi semua, acah2 tengok menu yang ada dalam bilik sebab hakak rasa macam penat nak keluar dari bilik.
Kalau korang nak tahu kat Palembang ni makanan wajib dan melambangkan Palembang ialah Pempek. Pempek ni diperbuat dari isi ikan. Macam makan fish cake , fish ball jugak tapi ada lain sikit. Banyak version pempek ni. Ada yang kukus, rebus, goreng dan bakar. Boleh ngences hakak kalau tengok lelama. Hahahahaha
Tengok punya tengok menu tu, satu pun takde yang berjaya menggugat iman hakak untuk melantak. Tapi perut hakak lapar minta diisi. Suami hakak pun ajak hakak keluar, tinjau2 kawasan sekeliling sambil cari makan. Hakak tahu dia dah usha Mall sebelah hotel ni. Kesana jelah pun tuju halanya. Nama mall ni Palembang Indah Mall.
Mall ni sama macam mall2 kita kat sini. Hakak dengan suami teruskan pencarian makan malam kitorang. Takde kedai makan yang menarik, so kami decide untuk makan di food court je. Hakak tak ingat menu apa yang hakak makan malam tu, tapi terbaekkk. Sedap!!!
Lepas selesai makan, hakak dan suami cuci2 mata kat dalam mall tu.
Hakak nampak sebuah kedai kek dan roti yang menarik perhatian hakak. Hakak pun decide untuk menyinggah.
Selesai membeli kudap-kudapan untuk bawak balik ke hotel, kami pun beransur pulang. Otw balik tu ntah apa2 gambar suami hakak snap, sukati dia je. Huhu
Bila dah sampai hotel, kami rehat luruskan kaki masing2. Penat wei berjalan kaki ke Mall. Nampak dekat tapi leh luntur lah lemak hakak. Hahahahaha. Hakak buat air teh panas, pastu keluarkan roti yang hakak beli di Mall.
Taraaaa.. hehehe. Harga yang hakak beli ni dari IDR6,000 - IDR9,000.
Burrrkkkk, kenyang alhamdulillah. Hakak dengan suami memang food hunter. Kalau travel dalam kepala otak kami, fikir makan je. Hakak takpelah sesuai dengan fizikal yang besar ni. Suami hakak tu, tak padan dengan kecik, kuat makan. Hahahaha
Tengok ye orang tu dah start landing baik punya atas katil. Kang tak sampai seminit, lelap lah tu.
Hakak tidur lewat malam tu, layan cerita kat tv. Best kot sebabnya ada cerita hantu sundel bolong. Acah2 berani hakak tengok sensorang cerita ni, cik abang dah hanyut.
Hakak stop kat sini dulu lah ye, mata dah berpinar ni minta berehat. To be continue kat next entry. Ok semua, bye.























Salam pelancongan semuanya,kami PT NURUL INSYIRAH VENTURE menyediakan pakej pelancongan ke Palembang.
ReplyDeleteDriver guide pakej ini prihatin dan fleksible.
Makanan yang dijamu juga enak.
Pokoknya,kalau mahu ke Palembang hubungi kami 017-536 7426 atau +6281397288197.
Makasih ya empunya blog
Facebook: melancong murah baloi
Ig: melancong_murah_baloi
linktr.ee/MelancongMurahBaloi
linktr.ee/MelancongMurahBaloi
linktr.ee/MelancongMurahBaloi