Wednesday, 20 September 2017

HaRi TuA kU


Assalamualaikum semua..

Hakak nak share sikit apa yang berlaku pada 22 Julai yang lepas. Actually hari tu adalah hari ulangtahun kelahiran hakak. Jadi setiap tahun hakak kebiasaannya akan sambut dengan suami dan anak2 sahaja. Tapi Allah maha mengetahui dan sebaik2 perancang, hakak dapat banyak sangat kejutan dari orang2 sekeliling hakak yang menghargai hakak sebagai seorang pekerja, kawan baik dan ahli keluarga.

Kejutan yang pertama hakak dapat ialah masa hakak di ofis tapi kejutan ni berlaku sehari sebelum birthday hakak. Memandangkan birthday hakak jatuh hari sabtu masa tu, so diorang buat in advance sebab sabtu kitorang sini tak kerja. Hakak punya department buat small celebration untuk hakak. Aktiviti department memang tak pernah missed.


Time ni lah nak curi tulang, nak rehat lebih, nak gelak2 tanpa ada gap antara workers dengan bos. Semua muka pun ada senyum. Cuba kalau time kerja, sunyi sepi je semua. Hahahahaha


 Ni kek sumbangan ikhlas dari hakak punya Superior, Jonathan.

Nak gak enterframe bergambar dengan kek befday. Hehe

Ni hakak punya Cost Controller (Ms. Helen) dan Finance Manager (Ms. Siew Tin)

Happening kan tengok gelagat diorang. Bukan senang diorang nak buat perangai macam ni.

Ni hakak punya bestfriend kat ofis tapi dia hakak punya Head HR, Ms. Kali.

Selfie jangan tak selfie.

Lagi gambar giler2.

Makanan yang disediakan semua sedap2. Ada yang beli, ada yang masak dari rumah. Apapun hakak terharu sangat dengan sikap kekeluargaan yang ada pada hakak punya team.


Keesokan paginya, hakak pergi ke ofis sebab ada perkara yang menuntut hakak datang walaupun bukan hari bekerja waktu tu. Tengah buat2 kerja sekali reception front desk call kata ada orang nak jumpa hakak, jadi hakak pun turun lah pegi lobby. Yang datang jumpa hakak tu runner, dia kata ada barang untuk hakak. Hakak tanya dia dari mana sebab setahu hakak takde pulak hakak beli barang. Sekali dia keluarkan jambangan bunga lah. Wahhhh, berbunga2 hati hakak masa tu walaupun masih tak tahu siapa pemberinya. Muka time tu malu2 meow, nak pulak runner tu snap picture hakak sebagai bukti hakak dah received jambangan tu. Masa berjalan nak ke lift, hakak tengoklah kad yang ada kat jambangan tu. Bila nampak ayat isteri je, hakak tahulah yang hantar ni adalah suami hakak. Sweet tahap potong kaki, hehehe. Suami hakak ni memang bukan jenis yang romantik, jadi bila dia buat camni, rasa manis macam gula.


Nampak tak pipi hakak macam blushing disitu. Hahahahaha


Ada lagi kejadian yang berlaku hari tu, tapi hakak sambung kat part 2 ye. Sekarang ada panggilan kerja, so kena buat kerja dulu sebelum hakak kena pecat. Tunggu ye hakak punya part 2.

No comments:

Post a Comment