Salam dan Selamat Petang..
Panas lit2 aih harini. Dapat minum air kelapa, sedapnya lah tekak.
Entry kali ni hakak nak citer pasal hakak dengan family in law ke Sabah pada tanggal 22/11/2013. Sebenarnya kakak ipar hakak punya kenduri kahwin belah rumah lelaki. Jadi kami ni wakil keluarga pihak pengantin perempuan lah yang datang untuk memeriahkan lagi majlis.
Kampung biras hakak tu kat daerah Telupid. Flight kami ambil turun kat Sandakan Airport. Sampai2 je adik beradik biras dah menunggu lah untuk menjemput kami semua. Jumlah kami masa tu campur tolak bahagi dalam 10-12orang kot. 4 tahun lepas punya cerita kan manalah nak ingat sangat seketul2.
Meh hakak biarkan gambar berbicara.
Di KLIA Airport
Ni tiket hakak dan suami
Ni picture dalam plane sebelum berlepas
Sampai je kami di Sandakan Airport, ahli keluarga belah pihak lelaki telah menyambut kedatangan kami sekeluarga. Sebelum kami ke Telupid, kami sekeluarga dibawa untuk makan tengahari. Nama kedai ni tak salah hakak Sim Sim. Agak lucu nama kedainya. Hehe
Sepanjang perjalanan ke Telupid, kami sekeluarga mendapati masyarakat disini banyak menggunakan 4by4 sebagai kenderaan utama nak dibandingkan dengan kereta2 sedan yang lain. Mungkin mengikut kesesuaian keadaan jalan di sini. Lagipun sini masih banyak lagi kawasan hutan.
Ni lah pemandangan dari Homestay yang kami sekeluarga tinggal di Telupid
Kami sekeluarga berada di sini 2hari sehingga majlis selesai. Hakak akan skip bahagian cerita kat sini sebab takde apa yang hakak nak share kat korang. Just nak bagitahu sini kenduri kahwinnya diorg buat malam. Lagi satu bezanya cara diorg, kalau kita salam cangkuk kan beri pada mak bapak pengantin. Tapi kat sini tak, diorg memang sediakan pasu cantik dan akan letak di tepi pelamin. Sebelum balik, semua kena jumpa pengantin dan keluarga pengantin lepas tu duit sumbangan tu letak sendiri dalam pasu. Huhu, lain kan.
Hakak share sekeping gambar pengantinnya. Dulu pengantin, sekarang dah anak 3.
Hakak terus dengan cerita kejadian hari yang ketiga. Kami sekeluarga dibawa bercuti ke Kundasang, memandangkan ada diantara kami yang baru first time jejakkan kaki di Sabah. Macam hakak ni dah kunjungan hakak yang ketiga.
TM Resort menjadi tempat pilihan pengantin, memandangkan biras hakak tu TM Staff. So dia gunakan benefit yang dia ada lah.
Keseluruhan keadaan di sini semuanya ok, boleh tahan lah. Sejuknya pun kadang2 tak tertahan. Mana taknya sini kira kaki bukit Gunung Kinabalu kan, bila malam tu memang menyengatlah sejuknya. Hakak sampai demam2 plus asthma. Hmmm, bertabahlah.
Meh tengok gambar2 masa kami berada di TM Resort
Hakak dapat tawan puncak Gunung Kinabalu dalam gambar je. Mudah, tak payah nak mendaki. Hahahahaha
Nampak tak puncak Gunung Kinabalu tu? Bukan senang nak dapat tengok. 5minit je pastu hilang ditutupi awan.
Hari ketiga tu kami banyak habiskan masa di Resort. Nak jalan2 pun musim hujan time tu. Sempatlah pergi pasar tempat petani2 sana jual sayur2 dan buah2an segar. Ada lah membeli sikit sebabnya kitorg masak kat resort malam tu. Jangan tanya gambar sebab time ni bateri kong. Huhu
Keesokkan harinya hari keempat, destinasi pertama yang kami tuju adalah Desa Dairy Farm.
Di Desa Dairy Farm ni, lepas bayar entrance fee depa akan bagi satu list mengandungi aktiviti di dalam tu. Hakak tak tahu details lah tapi hakak rasa ada kaitan dengan pemprosesan susu segar. Kami sekeluarga tak masuk pun. Cuma pergi kat kedai yang jual susu dan aiskrim je.
Sedapppp. Leh ngences ni kalau tengok lama2.
Lepas tu selfie2 kat luar dengan lembu2 berlatar belakangkan pemandangan yang cantik.
Ala2 kat New Zealand. Tapi lembu sini kecik sikit lah.
Kitorg tak dapat lepak lama sebab hujan. Jadi kitorg pun balik dan meneruskan perjalanan untuk ke destinasi berikutnya.
Destinasi yang kedua adalah Kundasang War Memorial. Yang ni hakak takleh nak review apa2 kat korang sebab hakak tak naik. Asthma datang menyerang, jadi hakak bagi laluan pada yang lain untuk pergi. Hakak tak pasti sini ada bayaran ke tak. Lupa nak tanya diorg. Hehe. So yang stay dengan hakak dalam van, suami hakak dengan bapak mertua hakak.
Jom kita tengok gambar yang diorg ambik kat sana.
Kami sekeluarga meneruskan lagi perjalan ke Tagal Luanti yang famous dengan Fish Spa Ikan Kelah tu. Wahh tak sabar rasanya nak tadah kaki hakak ni. Hahahahaha.
Siapa yang datang sini pakai baju cantik2, jangan risau. Leh tukar baju dalam toilet yang disediakan. Masuk toilet kena bayar ye. Bukan toilet free.
Bayaran masuk kat sini RM5.00/dewasa dan RM2.00/kanak2. Cas untuk ambil gambar guna kamera sendiri jenis apapun, RM3.00/group. Nak tarik perhatian ikan, korang kena lah beli makanan ikan siap2. Kat situ ada je orang jual makanan ikan.
Meh tengok gambar kejadian kat sini.
Tak puas bergambar kat bawah dengan ikan2, kita pindah tempat pulak kat jambatan.
Dari Kg. Luanti, kami meneruskan perjalanan ke destinasi ke-empat kami iaitu Poring Hot Spring. Bayaran masuk RM3.00/dewasa dan RM1.00/kanak2. Kolam dia ada 2 jenis, satu outdoor dan satu lagi indoor. Indoor ni sesuai untuk yang macam kami nak kan privacy. Dapat jaga aurat sesama sendiri tanpa ada orang luar. Tapi bayarannya lain, hakak tak ingat berapa.
Dah letih seharian kan, jadi sinilah tempat yang sesuai untuk merilekskan badan. Berendam dalam kolam yang dipenuhi air panas, bestttt.
Tapi sebelum berendam kita pergi Poring Canopy Walk dulu. Kata nak try jambatan bergantung kan, so haruslah kesini. Bayaran untuk Poring Canopy Walk pula RM3.00/dewasa dan RM1.50/kanak2.
Kita jungle trekking sikit kat sini sebelum naik jambatan gantung. Semput gak lah hakak time ni, tapi tetap tak putus asa. Mak mertua hakak siap berteriak dari atas, tak larat balik je. Tak yah teruskan. Hakak jenis tak cepat putus asa, hakak teruskan jugak walaupun lambat. Suami hakak lah yang setia dengan hakak. Sweet kan.
Jom tengok gambarnya.
Dari Poring, kami bergerak ke Rumah Terbalik. Tetapi kami sempat menyinggah kat Jambatan Tamparuli untuk bergambar. Jambatan ni ada sejarah dia kot. Nak tahu lebih lanjut sila google ye.
Harga tiket masuk Rumah Terbalik adalah RM10.00/seorang. Camera not allowed. Huhu. Hakak tak masuk kat sini. Tunggu kat luar je. Family members yang lain je masuk.
Setel kat sini, kami semua pun beredar. Kami terus ke Homestay kami di Kota Kinabalu yang telah diuruskan oleh keluarga pihak pengantin lelaki (biras hakak). Kami berenti solat dan rehat sebentar sebelum keluar untuk makan malam.
Tepat jam 8.00 malam, kami sekeluarga menuju ke sebuah Restoran yang telah ditempah oleh keluarga biras hakak. Perut pun dah lapar kan, pe lagi makan larr.
Alhamdulillah, kenyang. Balik ni niat dihati nak tidur lena tapi baru terasa sakit2 seluruh badan. Tulah, berjalan tak ingat dunia. Bila dah malam mula lah itu sakit ini sakit. Huhu
Hari terakhir kami sekeluarga di Sabah. Pagi2 lagi kami sudah keluar untuk bersarapan. Tempat wajib korang kena cuba ialah di sini. Nasi kuning dengan mee wantan dia, pergghhhh terbaekk!!!
Lepas breakfast kami semua ke Pasar Filipine dan Pasar Kelapa. Pasar Filipine pasti ramai yang sudah maklum tempat peniaga2 menjual hasil laut, seperti seafood dengan harga yang jauh lebih murah dari semenanjung. Begitu juga dengan hasil mutiara yang dijadikan brooch, gelang, rantai dan sebagainya. Manakala pasar kelapa bukanlah semata2 menjual kelapa, tapi di sana terdapat banyak stall2 menjual keropok2, amplang, kuih cincin, kuih sapit, balinjo dan macam2 lagi. Tepuk dada tanya poket, cukup tak duitnya. Hahahahaha.
Sebelum check in kat airport, singgah Pantai Tanjung Aru dulu.
Ok jom ke aiport. Masa untuk pulang.
Sempat lagi nak selfie time balik pun.
Alhamdulillah, selamat tiba di KLIA Airport. Wahhh tak sangka hakak habiskan entry dalam satu hari tanpa ada sambungan. Tapi patah tengkuk kalau amalkan macam ni selalu. Berakhirlah trip keluarga pada kali ini. Kalau ada aktiviti keluarga yang lain, hakak akan share ye. Thanks sudi baca. Muah ciked. Bye, assalamualaikum.
































































































































No comments:
Post a Comment