Thursday, 21 September 2017

TiPs & PeRsEDiaAN kE KrABi


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada kali ini hakak ingin berkongsi tips melancong ke Krabi Thailand pada 2018. Percutian ini merupakan kali pertama hakak menjejakkan kaki ke bumi Thailand yang penuh budaya dan keunikan (dalam kepala hakak dah fikir macam2, hehe). Hakak dah fikir pasal makanan yang sedap2, massage thai, leh cuci mata tengok aqua cantik2, hahahaha. Semua lah hakak fikir.

Sebenarnya pergi ke Krabi taklah menelan belanja yang banyak walaupun matawang Baht mempunyai nilai lebih besar daripada matawang Ringgit kita iaitu kira-kira THB1000 bersamaan MYR12.90, ni berdasarkan apa yang hakak check secara online lah. THB100 mereka ibarat MYR10.00 duit kita, maka kita boleh melihat matawang Baht lebih tinggi mengatasi sebanyak kira-kira MYR2.90 daripada matawang Ringgit kita.

Jom hakak share sikit bagaimana hakak buat research. Teruskan membaca untuk tips-tips menarik dan jimat.

1. Melancong Berkumpulan

Seeloknya korang melancong dalam kumpulan angka genap seperti 2 orang atau 4 orang per kumpulan. Ini boleh mengurangkan 50% kos penginapan sepanjang melancong kerana kos penuh akan dikongsikan kepada 2/bilik. Pemilihan jumlah genap/kumpulan kerana biasanya hotel hanya akan membenarkan maksimum 2 tetamu/bilik melainkan korang  sudi membayar kos tambahan untuk tetamu tambahan tetapi bilik akan jadi kurang selesa. Jika korang menyewa bilik jenis Apartment atau Condominium, kumpulan angka genap tidak diperlukan kerana tidak ada limitation of guests per rental.

Tetapi kunjungan hakak kesana nanti adalah seramai 8 adults 2 kids . Banyak website yang hakak masuk dan bandingkan harga bilik untuk mendapat harga yang terbaik. Kadang2 ada jumpa yang murah dan selesa tapi kemudahan pulak out. So disitu banyak mainkan peranan, ada pro & contranya. Harga bilik yang hakak booked di booking.com ialah RM282.00 untuk 3 malam. Korang fikir murah ke murah? Hahahahaha. Yang penting ada free shuttle service, dikelilingi kemudahan dan ada swimming pool untuk anak2 hakak berendam. Yelah kan, takkan nak perangkan kulit 24jam kat pantai je. Mesti nak rileks2 kat hotel jugak.

Highlight:

Pergi secara berkumpulan dalam angka genap seperti 2, 4 dan 6 orang supaya setiap bilik boleh dikongsi dua orang. Penjimatan boleh berlaku di sini! Jika korang bijak membuat tempahan bilik untuk 2 orang tetapi menyelinap masuk sehingga 3 orang sebilik tidak ada masalah tetapi tepuk dada tanya selera, korang kisah atau tidak tentang keselesaan sepanjang bercuti. Most important jangan sampai tertangkap lah. CCTV dimana2, hahahahaha. Kang korang kata hakak lak yang ajar. Hakak ada anak, memang biasa buat macan ni sebab sesetengah hotel ada yang charge budak dalam bilik. Meaning not free allowed.

2. Tempah Bilik Online

Kita sekarang hidup di zaman teknologi, guna dan manfaatkan teknologi yang ada. Semudah di hujung jari, korang boleh membuat tempahan online sekejap sahaja. Korang boleh membuat tempahan melalui Agoda.com, Booking.com, Trivago.com, Hotels.com dan banyak lagi. Tetapi hakak selalu menggunakan perkhidmatan Booking.com atau Agoda.com kerana selalu mendapat harga keseluruhan yang lebih murah berbanding yang lain.

Highlight:

Buat semakan serta perbandingan harga sebelum membuat tempahan. Ada yang menawarkan tempahan tanpa pembayaran terlebih dahulu, ada tempahan yang memerlukan bayaran penuh terlebih dahulu dan semak free cancellation ditawarkan bagaimana kerana kita tidak tahu kelancaran program kita menjelang tarikh percutian semakin hampir. Semua tertakhluk kepada term and conditions yang ditawarkan oleh syarikat tempahan dan hotel. Yang ni memang hakak akan check banyak2 kali. Risau kalau tetiba kena charge pulak bila hakak cancel ke apa. Mana hakak tahu kan apa nak jadi akan datang. So please alert!!!

3. Tempahan Tiket Penerbangan

Sepanjang hakak melancong, hanya Air Asia yang paling banyak menawarkan tiket murah. Hakak hanya beli bila ada promo free seats sahaja. Waktu tu baru hakak rancang percutian hakak. Hakak rakyat marhaein je, mana mampu nak bercuti selalu. Tunggu peluang macam ni jelah. Tapi bergantung kepada keadaan semasa kerana kadang-kadang syarikat penerbangan lain ada menawarkan promosi tiket murah juga.

Bagi Air Asia, pembelian tiket seperti konsep ala carte kerana harga tiket tidak termasuk dengan kos baggage, makanan, insurans dan lain-lain seperti yang ditawarkan oleh Malaysia Airlines dan Malindo yang merangkumi semua harga pada satu tiket kecuali insurans.

Untuk percutian ke Krabi ni hakak belum decide lagi nak ambil baggage atau tidak, tapi rasanya macam perlu sebab hakak ada anak yang masih menyusu jadi banyak keperluan dia hakak kena bawak melainkan kalau sana pun ada jual susu yang sama jenis macam yang anak hakak minum. Selalunya hakak biarkan je baggage dengan insurans ni kosong. Hakak akan add on sebulan sebelum flight.

Highlight:

Beli tiket penerbangan semasa promosi tambang murah diadakan. Mohon sentiasa rajin membuat semakan harga tiket tapi jangan lupa clear cache setiap kali keluar website sebab nanti sistem boleh tengok kekerapan kunjungan kita ke website pembelian tiket dan harga susah nak dapat murah. Jimat banyak kat sini.

4. Lokasi

Untuk memudahkan korang bergerak, sila pilih tempat penginapan yang betul-betul berada di kawasan yang korang inginkan. Lokasi juga memainkan peranan penting untuk memberikan lebih penjimatan kerana jika korang salah pilih lokasi penginapan, korang akan terpaksa membayar lebih untuk kos perjalanan sehala ke destinasi tujuan. Takkan korang nak bayar kos tuk-tuk atau teksi yang mahal semata-mata nak pergi keluar makan? Ada hotel yang menyediakan perkhidmatan shuttle free untuk ke Ao Nang Beach, semua ikut jadual yang hotel telah tetapkan. Hotel mana? Yang hakak tahu perkhidmatan ni ada kat Andaman Pearls Resort Hotel.

Jadi, jika berkunjung ke Krabi dan ingin ke kawasan tumpuan seperti pantai Ao Nang, pastikan korang menginap di lingkungan kawasan tersebut. Melainkan korang tidak kisah dan lebih memilih untuk menginap di kawasan yang lebih privasi seperti di kawasan pantai Nopparat Tara ataupun di kawasan private beaches di Klong Muang.

Highlight:

Pilih lokasi yang jarak ke mana-mana hanya memerlukan korang berjalan kaki sahaja melainkan hendak melakukan aktiviti island hoping atau melawat Emerald Pool. Jimat banyak kat sini. Tapi disebabkan hakak pun belum sampai kesana, jadi bab ni hakak tak sure macam mana. Boleh rujuk maps untuk menentukan jarak dari satu lokasi ke lokasi yang lain.

5. Makan dan Minum

Jika korang melancong, amalkan tips money pool iaitu kutipan wang daripada semua ahli kumpulan supaya korang boleh menguruskan bajet makanan lebih baik. Melalui cara ini, kita boleh membuat pesanan makanan yang boleh dikongsikan semua. Tidak perlulah setiap orang membuat pesanan tomyam jika semua hendak makan tomyam kerana ia boleh dikongsikan. Tetapi pastikan pesanan minuman adalah pada lingkungan harga yang sama kerana harga makanan boleh dikongsi tetapi air tidak ya. Jika ada yang memesan air kelapa, seorang pula memesan sekadar air suam, sila asingkan bayaran air dan jangan gunakan money pool untuk membuat bayaran.

Untuk makluman, makanan dan minuman di Krabi agak mahal daripada di Malaysia tetapi memandangkan ianya sedap dan berbaloi ramai yang tidak kisah pasal tu. Yelah, kat Malaysia kalau makan tomyam penuh bawang dengan serai je. Hehehe. Oleh itu, terdapat pilihan alternatif lain seperti makan jika perlu dan selebihnya hanya membeli makanan untuk mengalas perut di 7Eleven ataupun Family Mart yang menjual makanan dan minuman segera pada harga yang sangat murah! Tapi hati-hati dengan produk tidak halal bagi yang muslim.

Highlight:

Untuk lebih jimat, bawa makanan daripada Malaysia. Memang akan sangat jimat.

6. Pakej Island Hoping, Emerald Pool dan Seumpamanya

Jangan tempah di lapangan terbang dan hotel. Sebaiknya pilih di kiosk-kiosk kecil sepanjang jalan di Ao Nang. Semasa membuat pertanyaan, tunjukkan korang berminat untuk ke beberapa buah tempat jika benar korang hendak pergi ke beberapa buah tempat dan semak harga. Jika harga yang diberikan pada firasat korang agak tidak berbaloi, pura-pura seperti tidak berminat dan jika anda rajin, pergi ke kiosk-kiosk lain untuk mendapatkan harga terbaik. Dengan trik tersebut, berkemungkinan harga pakej akan diturunkan lagi. Tetapi janganlah terlalu tawar-menawar kerana mereka mencari sedang makan. Kita pergi berjalan bermaksud kita ada rezeki lebih dan rezeki yang kita bawa itu sememangnya untuk mereka. Pakej ni hakak dah ambil siap2 kat website. Hakak nak bajetkan perbelanjaan hakak sebab tu hakak tempah awal2. Lagipun hakak dah tak perlu bimbang bila sampai sana sebab dah ada yang tunggu jemput hakak dan keluarga. Anyway yang hakak amik ni private tour guide.


7. Pengangkutan Pergi dan Balik Lapangan Terbang - Ao Nang

Tak perlu membuat tempahan online kerana sejurus korang mendarat di lapangan terbang Krabi, korang hanya perlu pergi ke kaunter bas selepas keluar daripada arrival gate. Ada dua buah kaunter jualan tiket bas. Hakak cadangkan korang memilih kaunter menggunakan van (actually ni perkhidmatan teksi) yang selesa berbanding menggunakan bas yang lama dan lambat untuk sampai ke destinasi. Jimat2 jugak tapi janganlah sampai membuang masa kita.

Highlight:

Jangan naik teksi melainkan pada waktu subuh ataupun lewat malam. Caj bagi teksi adalah sekitar THB600.

8. Bawa Pakaian Dalam Kuantiti Sedikit

Seperti yang hakak maklumkan pada point nombor 3, tidak perlu beli extra baggage sebab hakak boleh recycle baju seperti yang akan hakak lakukan. Hakak biasanya akan bawa pakaian dalam kuantiti sedikit sahaja dan akan cuci balik baju tu. Cari perkhidmatan dobi self service yang berdekatan. Dalam limitation of cabin baggage, saya akan membawa sedikit makanan untuk emergency cases

Highlight:

Tapi korang jangan pulak bawa pakaian aktiviti lasak cuma satu sahaja sebab kemungkinan berlakunya seluar koyak. Baju koyak mungkin boleh pakai baju lain, seluar koyak, takkan nak pakai seluar jeans pergi ke pulau? Nak jimat biar tertempat.

9. Insurans

Insurans sangat penting. Jangan abaikan insurans kerana semua perkara boleh berlaku seperti kemalangan, kehilangan dokumen penting dan harta benda serta lain-lain lagi.

Highlight:

Rajinkan diri semak term and conditions yang ditawarkan oleh Air Asia bagi pakej insurans. Berlaku penjimatan jika berlaku insiden tak diingini, insurans dan cover.

10. Aktifkan Transaksi Antarabangsa

Ini paling penting sebab kita tak tahu jika kita perlukan duit tambahan atau duit kecemasan semasa melancong, dengan mengaktifkan kad debit anda mampu menyelesaikan masalah anda jika berlaku sebarang perkara luar jangka. Jika anda memiliki kad kredit, mungkin tidak ada apa yang perlu dirisaukan.

Untuk mengaktifkan transaksi antarabangsa, korang hanya perlu membuat panggilan ke bank yang korang ingin kad korang gunakan semasa berada di luar negara dan nyatakan tempoh keberadaan korang di luar negara.

Highlight:

Lebih baik bawa kad debit sahaja sebab korang boleh mengawal perbelanjaan. Setiap transaksi luar negara akan dikenakan caj sebanyak RM10.00 tambahan tetapi jika ada sesama bank seperti CIMB dan HSBC, tidak ada caj akan dikenakan dan pertukaran berdasarkan nilai tukaran wang semasa tetapi nilai tidak sama seperti di kaunter pertukarangan matawang yang sedikit mahal. Penjimatan boleh berlaku di sini.

11. Peralatan Kemudahan dan Fotografi

Jangan lupa bawa waterproof bag, waterproof casing phone, selfie stick, gopro camera, drone camera dan apa-apa yang memudahkan korang dan dapat memberikan memori terindah buat korang.

Highlight:

Beli beg, waterproof casing dan selfie stick dari Malaysia sebab kat Krabi mahal. Nak jimat kan? Hehehehe.

12. International Adaptor

Jangan tertinggal ini melainkan korang nak beli adaptor kat Thailand yang dijual agak mahal. Tapi mungkin korang boleh dapat pada harga yang murah seperti di 7Eleven dan FamilyMart, the only place that won't markup price on you. Ni hasil research hakak lah sebab hakak baca dari pengalaman orang lain yang dah bercuti kesana.

Highlight:

Kalau tertinggal juga, korang mungkin boleh mencuba alternatif menyambungkan kabel pada televisyen LCD tapi charging agak lambat dan kadang-kadang ada yang tidak boleh digunakan. Agak-agak nak jimat, janganlah adaptor tak dibawa.


- Oh ya, info perbelanjaan hakak buat masa ni yang hakak tahu:
Tiket: RM170.00 return ticket (Air Asia)
Hotel: THB8,910.00 untuk 4 hari 3 malam (4 bilik). Ni ikut rate sana sebab hakak pilih bayar masa kat hotel.
Tour Guide: THB3,700 / adult dan THB2,700 bagi budak berusia 3 tahun keatas. (semua aktiviti termasuk lunch dan airport transfer selama 4 hari 3 malam).

So hakak stop sini dulu ye. Masa kerja dah habis. Nanti kita sambung lagi. Bye

No comments:

Post a Comment