Thursday, 21 September 2017

JaKaRtA - BaNDuNg 3HaRi 2mALaM (29/11-01/12/2016)


Salam dan hye2 semua yang sudi menjenguk dan melawat blog hakak..

Hakak nak throwback balik percutian hakak bersama suami dan bff hakak di Jakarta dan Bandung. Kami cuti memang tak lama sebab masing2 ada komitmen di tempat kerja masing2. Jadi percutian singkat ni hanya untuk menenangkan kepala hotak yang bersawang dan berserabut dengan kesibukan kerja. Pada mulanya hakak dengan suami je nak pergi berdua, tetiba bff musyuk masyam hakak ni nak follow lak dengan suami dia, so hakak pun oklah. So duit pak supir leh tong2. Berjimat cermat amalan mulia gitu. Bak kata omputih sharing is caring. Hahahaha.

Pagi tu kami masing2 bertolak awal dari rumah. Hakak minta abah hakak tolong hantarkan ke airport. Hakak dan suami sampai airport 2 jam sebelum boarding. Macam tu jugak bff hakak. Muka time tu jangan cakap lah, memang tak semenggah. Dengan tak tidur + excited, cer korang bayangkan macam mana agaknya muka tu. Meh hakak tunjuk macam mana.

Apa2, perut kosong perlu diisi dulu. Tambahan pulak hakak masa ni mengandung 7 bulan anak yang kelima, so memang kema makan.

Makan kat Mc'd je pun masa ni. Takpe lah, janji lapik perut dah. Selesai makan semua, kitorang get ready untuk pergi ke tempat menunggu.



Nampak tak muka excited tu?! Hahahaha


Memandangkan hakak beli tiket masa promo free seats, so kedudukan tu random. Hakak tak dapat duduk sebelah suami hakak tapi hakak masih tetap berjiran dengan suami hakak.


Suami hakak kata takpe, still leh cuit2 lagi. Bff hakak dapat duduk sebelah suami dia. (untunglah...). Perjalanan mengambil masa 2 jam. Sampai sahaja di Jakarta Airport, kami telah di jemput oleh Pak Supir Asep yang awal2 hakak dah booked sebelum berangkat kesana. Pak Supir hakak ni bukan calang2 orangnya. Dia seorang tentera, jadi keselamatan tu rasa terjamin lah di tempat orang. Pak Asep memang baik dan ramah orangnya.


Ni lah Pak Asep. Jakarta ke Bandung ambil masa sejam dua jugak bergantung pada keadaan traffic. Kesilapan hakak lah sebab terlalu berjimat, beli tiket turun Jakarta. Kalau tiket turun Bandung mahal sikit. Tapi kelebihannya dah tak buang masa kat jalan.

Kami menginap di Fabu Hotel Bandung kerana lokasinya yang betul2 strategik, berhampiran dengan Pasar Baru tempat yang bakal kami serbu esok hari untuk menghabiskan duit. Bukan hakak ye, tapi bff hakak. Hakak bab shopping ni tak berapa sangat, kalau bab makan leh serah pada hakak. Meh tengok suasana Fabu Hotel Bandung.













Ok kan bilik dia? So far kami semua selesa lah dan dapat tidur dengan lena malam tu. Kitorang jalan2 jugak aritu tapi hakak macam lupa ingatan hakak kemana sebab perginya dah lama, baru sekarang nak update memang lost memory lah. Hihihi. Apa yang hakak ingat kitorang pergi survey2 handbag, kain pasang dan makan malam.








Cantik2 handbagnya tapi bukan kategori murah sangat lah. Masih murah jika nak dibandingkan dengan tempat kita. Sibuk rambang mata tengok handbag, perut hakak dah mula berbunyi. Baby lapar minta makan. Jadi malam tu Pak Asep bawak kitorang makan kat Restoran makanan padang. Hakak suka sebab lauk macam2 ada. Sentuh hanya yang nak makan je, kalau yang tak nak makan tu jangan gatal2 cuit sebab nanti diorang akan cas semua sekali. Hakak paling suka kat sana Es Jeruk dia dengan sambal terasi, perrggghhhhh padu. Bibir membesar merekah bak Angelina Jolie dek kepedasan melampau dia. Hahahaha




Pak Asep dalam diam dah buat temujanji dengan kenalannya tauke kain pasang. Dia suruh tauke kedai tu tunggu kitorang. Hahahaha. Dahsyat kan, orang lain kul 11 malam dah pakat tidur tapi kitorang cuci mata tengok kain pulak. Banyak pasang jugak lah hakak beli sebab nak bagi family dan family mertua, Rambang mata pun ye cuma pandai2 lah had kan perbelanjaan tu sebab esok pun nak merayau lagi kan.






Yang bestnya tempat kain ni, dia amik tempahan jahit jugak. Boleh siap sehari katanya. Beriya2 suruh hakak buat baju terus, tapi memandangkan hakak pregnant time tu so hakak tolak lah offer dia. Habis dari membeli kain, Pak Asep terus hantar kami pulang ke hotel. Dia ada bagitahu esok pembantu dia yang akan bawak kitorang semua ronda2. Masa tu hakak ada rasa tak syok sikit, risau tak leh ngam kepala dengan dia. Pak Asep kata jangan risau, pembantu dia pun boleh bersembang dan ramah. Dia kata kalau nak mintak tolong pape bagitahu je. Hakak dengar Pak Asep cakap macam tu, oklah lega sikit. So tunggu lah keesokan harinya macam mana ye di part 2.

Hakak dah sakit kepala ni. Nak berehat sebentar. Agak2 dah fresh nanti hakak sambung cerita lagi ye. Bye korang..














No comments:

Post a Comment