Sunday, 24 September 2017

Ke SaBaH kE KiTa??


Salam dan Selamat Petang..

Panas lit2 aih harini. Dapat minum air kelapa, sedapnya lah tekak.
Entry kali ni hakak nak citer pasal hakak dengan family in law ke Sabah pada tanggal 22/11/2013. Sebenarnya kakak ipar hakak punya kenduri kahwin belah rumah lelaki. Jadi kami ni wakil keluarga pihak pengantin perempuan lah yang datang untuk memeriahkan lagi majlis.

Kampung biras hakak tu kat daerah Telupid. Flight kami ambil turun kat Sandakan Airport. Sampai2 je adik beradik biras dah menunggu lah untuk menjemput kami semua. Jumlah kami masa tu campur tolak bahagi dalam 10-12orang kot. 4 tahun lepas punya cerita kan manalah nak ingat sangat seketul2.

Meh hakak biarkan gambar berbicara.

Di KLIA Airport


Saturday, 23 September 2017

BeRdUaAn Di PaLemBanG 4hARi 3mALaM (27-30/01/2014)


Salam dan Hai2 korang semua..

Memandangkan hari ini anak2 hakak tidur awal, jadi dengan perasaan aman tenteramnya hakak pun mulalah membuka laptop dengan harapan untuk menaip panjang kat blog hakak ni. Bercuti ke Palembang ni, kejadiannya dah lama cuma baru nak share kat sini. Kurang2 ada orang lain boleh baca. Kalau hakak simpan je dalam kepala otak hakak, tak berkembang lah. Huhu.

Hakak dan suami bertolak dari Bandar Tasik Selatan kerana kami memilih untuk menaiki ERL ke airport. Bajet2 time ni tak nak menyusahkan family lah kisahnya. Huhu. Masa ni hakak dah beranak tiga. Jadinya tiga orang anak hakak tinggal dengan atok neneknya. Hakak dating berdua je dengan suami. Kalau korang nak tahu, hakak sebenarnya kosong pengetahuan pasal Palembang ni. Yang membuatkan hakak beli tiket kesana kerana harga tiketnya yang murah. Tambang pergi balik untuk 2orang baru RM170.00. Murah kan?!

Korang jangan tanya lah pasal tempat best ke, pak supir ke sebab hakak dengan suami pergi sana main terjah je. No aktiviti, more to santai. Setibanya kami di airport, kami terus pergi ke kaunter teksi. Teksi bermeter kaler biru cair. Drivernya ramah. Peliknya sana, kita penumpang yang kena bayar duit parking diorang. Hahahaha. Dah memang cara sana, hakak layankan aje. Keadaan jalan raya masa tu agak macet sebab masing2 baru pulang dari kantor. Cuma hakak dengan suami yang lagi holiday gitu... (dah kenapa cakap indonesia ni..waduhh waduhhh).

Hakak dan suami menginap di Emilia Hotel. Rate untuk 3malam waktu tu hanya RM309.00. Bilik ni hakak tempah direct dari laman sesawang Emilia Hotel sebabnya tahun 2014 ni hakak masih kurang familiar dengan khidmat Agoda.com atau Booking.com. Takpelah janji tempat bermalam tu dah pun ada. Hotel ni hakak tengok biasa je dari luar.

Thursday, 21 September 2017

JaKaRtA - BaNDuNg 3HaRi 2mALaM (29/11-01/12/2016)


Salam dan hye2 semua yang sudi menjenguk dan melawat blog hakak..

Hakak nak throwback balik percutian hakak bersama suami dan bff hakak di Jakarta dan Bandung. Kami cuti memang tak lama sebab masing2 ada komitmen di tempat kerja masing2. Jadi percutian singkat ni hanya untuk menenangkan kepala hotak yang bersawang dan berserabut dengan kesibukan kerja. Pada mulanya hakak dengan suami je nak pergi berdua, tetiba bff musyuk masyam hakak ni nak follow lak dengan suami dia, so hakak pun oklah. So duit pak supir leh tong2. Berjimat cermat amalan mulia gitu. Bak kata omputih sharing is caring. Hahahaha.

Pagi tu kami masing2 bertolak awal dari rumah. Hakak minta abah hakak tolong hantarkan ke airport. Hakak dan suami sampai airport 2 jam sebelum boarding. Macam tu jugak bff hakak. Muka time tu jangan cakap lah, memang tak semenggah. Dengan tak tidur + excited, cer korang bayangkan macam mana agaknya muka tu. Meh hakak tunjuk macam mana.

Apa2, perut kosong perlu diisi dulu. Tambahan pulak hakak masa ni mengandung 7 bulan anak yang kelima, so memang kema makan.

Makan kat Mc'd je pun masa ni. Takpe lah, janji lapik perut dah. Selesai makan semua, kitorang get ready untuk pergi ke tempat menunggu.

TiPs & PeRsEDiaAN kE KrABi


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pada kali ini hakak ingin berkongsi tips melancong ke Krabi Thailand pada 2018. Percutian ini merupakan kali pertama hakak menjejakkan kaki ke bumi Thailand yang penuh budaya dan keunikan (dalam kepala hakak dah fikir macam2, hehe). Hakak dah fikir pasal makanan yang sedap2, massage thai, leh cuci mata tengok aqua cantik2, hahahaha. Semua lah hakak fikir.

Sebenarnya pergi ke Krabi taklah menelan belanja yang banyak walaupun matawang Baht mempunyai nilai lebih besar daripada matawang Ringgit kita iaitu kira-kira THB1000 bersamaan MYR12.90, ni berdasarkan apa yang hakak check secara online lah. THB100 mereka ibarat MYR10.00 duit kita, maka kita boleh melihat matawang Baht lebih tinggi mengatasi sebanyak kira-kira MYR2.90 daripada matawang Ringgit kita.

Jom hakak share sikit bagaimana hakak buat research. Teruskan membaca untuk tips-tips menarik dan jimat.

1. Melancong Berkumpulan

Seeloknya korang melancong dalam kumpulan angka genap seperti 2 orang atau 4 orang per kumpulan. Ini boleh mengurangkan 50% kos penginapan sepanjang melancong kerana kos penuh akan dikongsikan kepada 2/bilik. Pemilihan jumlah genap/kumpulan kerana biasanya hotel hanya akan membenarkan maksimum 2 tetamu/bilik melainkan korang  sudi membayar kos tambahan untuk tetamu tambahan tetapi bilik akan jadi kurang selesa. Jika korang menyewa bilik jenis Apartment atau Condominium, kumpulan angka genap tidak diperlukan kerana tidak ada limitation of guests per rental.

HaYfa haNaNiA


Assalamualaikum dan Selamat Tahun Baru Islam,

Diam tak diam, Awal Muharam dah hari ni kan. Semua umat islam meraikan kedatangan tahun baru dengan berbagai impian dan harapan. Hakak doakan yang baik2 untuk korang semua. Ok arini hakak nak share sikit kisah anak hakak yang kelima. So hakak throwback balik lah ye, hehe.

Pada 21 Februari 2017, lahirnya seorang bayi yang sangat comel dan bambam. Dengan berat 3.94kg, sudah pasti semua kakitangan hospital mahupun doktor geram bila melihat dia. Hakak percaya faktor berat badan dia ada kena mengena dengan masalah GDM yang hakak hadapi semasa mengandungkan dia. Alhamdulillah masa melahirkan dia langsung tiada komplikasi dan hakak tidak ambil sebarang Epidural. Tak tahu dari mana datangnya kekuatan tu. Mungkin atas sokongan suami yang sentiasa ada disisi hakak semasa hakak dalam proses melahirkan. Meh hakak throwback balik picturenya.

Ni lah buah hati pengarang jantung hakak, Hayfa Hanania. Memang bambam sangat dia masa ni. Dah rupa nak cina pun ada. Paling hakak suka tang rambut dia yang lebat dan berkilat, macam pakai minyak rambut.

HaRi TuA Ku (pArT 2)


Assalamualaikum dan Hai Semua..

Hakak aritu ada janji kan nak sambung entry pasal kejadian masa befday hakak.
Ok, malam tu giliran hakak jumpa dan hang out dgn bff hakak zaman sekolah. Almaklumlah kitorg memang dah lama tak jumpa. Masing2 bz mengalahkan menteri. Hal anak2 dan suami dah jadi macam hal dunia. Hehehehe. Suami hakak pun layankan agenda hakak tu sebab hari tu hari hakak kan. Semua yang hakak nak, inshaAllah dapat. Seperti yang dijanjikan hakak pergi ke Geno Hotel yang terletak di Shah Alam. One of my bff hakak menginap disitu, memandangkan dia duk jauh dan nak lepak lama dengan kitorg so dia booked terus bilik kat situ.

Masa tu hakak terus naik atas pergi ke bilik bff hakak tu. Bukak je pintu, tgk yang lain2 pun ada. Diorg nyanyi sama2 lagu happy befday untuk hakak. Rasa terharu dan agak sedikit weiii perasaan hakak masa tu. Seumur hidup tak pernah celebrate beriya macam ni.
Bila dapat surprise dengan bff kesayangan hakak, serius touching. Korang memang the best. Selalu ada tak kira susah atau senang. Dari zaman hingusan sampai semua pakat2 dah jadi mak orang.

Meh hakak share sikit gambar yang ada.

Wednesday, 20 September 2017

HaRi TuA kU


Assalamualaikum semua..

Hakak nak share sikit apa yang berlaku pada 22 Julai yang lepas. Actually hari tu adalah hari ulangtahun kelahiran hakak. Jadi setiap tahun hakak kebiasaannya akan sambut dengan suami dan anak2 sahaja. Tapi Allah maha mengetahui dan sebaik2 perancang, hakak dapat banyak sangat kejutan dari orang2 sekeliling hakak yang menghargai hakak sebagai seorang pekerja, kawan baik dan ahli keluarga.

Kejutan yang pertama hakak dapat ialah masa hakak di ofis tapi kejutan ni berlaku sehari sebelum birthday hakak. Memandangkan birthday hakak jatuh hari sabtu masa tu, so diorang buat in advance sebab sabtu kitorang sini tak kerja. Hakak punya department buat small celebration untuk hakak. Aktiviti department memang tak pernah missed.

SuPeR MaMa

Assalamualaikum dan Selamat Tengahari Semua..

Sejak hakak dah start buat blog ni, hakak baru panas enjin dan baru dapat rentak untuk menaip dan merepek panjang berjela. So arini hakak nak cerita pasal anak2 hakak. Alhamdulillah di usia 35 tahun ni, hakak sudah dikurniakan 5 orang anak yang serba serbi perangai dan ragam ada. Hari2 hakak sebagai seorang ibu sangat mencabar. Tak pernah tak terpekik terlolong kat rumah. Agaknya kalau korang berjiran dengan hakak mesti dah buat komplen.

Tapi sekarang kurang sikit lah terpekik terlolong tu sebab anak2 hakak yang bersekolah 3 orang, tinggal dengan parent hakak kat Shah Alam. Yang sulung Nurul Fatin Maisarah (14 tahun) , yang kedua Mohammad Danial Faris (12 tahun) dan yang ketiga Nurul Ain Najwa (9 tahun). 3 beradik ni pun boleh tahan jugak perangainya sebab kalau dekat asyik nak bercekau.

MaMa BaRu BeLaJaR bUaT BLoG

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera..

Wahhh, tak tahu nak mula dari mana dan macam mana nak mula. Rasanya kalau duduk balik exam untuk esei, leh kantoi ni. Sebelum hakak terlanjur kata, hakak perkenalkan diri lah ye. Nama IC leh rujuk kat profile. Macam nama indon?! Hakak punya nenek moyang dari sana, keturunan jawa. Kalau nak mesra, panggil kak yan pun boleh.

Hakak blanje sikit gambar untuk pengenalan ni. Huhuhu.